HEADLINES

Pengacara tersasul dakwa DAP ‘kafir harbi’ direhatkan: Annuar Musa

Individu berkenaan direhatkan selama tiga hari dan langkah berkenaan diambil bagi ‘menyejukkan’ keadaan

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) merehatkan sementara seorang ahlinya dari pentas ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas tersasul dengan mendakwa DAP sebagai kafir harbi dalam satu ceramah, malam kelmarin.

Menurut Pengarah Operasi PN bagi PRK DUN Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa, individu itu yang juga pengacara majlis pada ceramah berkenaan direhatkan selama tiga hari dan langkah berkenaan diambil bagi ‘menyejukkan’ keadaan.

“Baru kelmarin (Khamis) kita gantung (rehatkan) seorang penceramah kita, supaya sejuk (keadaan). Kita rasa kasar, rehat sementara.

“Tapi (pemimpin Barisan Nasional ) yang tersasul sebut ‘hidup Israel’ masih lagi duduk di situ (tiada tindakan),’’ katanya merujuk kepada tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang terlaung ‘Hidup Israel’ pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, minggu lalu.

Annuar berkata demikian pada Ceramah Perdana PRK DUN Nenggiri malam tadi.

Semalam, DAP menggesa individu yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu adalah ‘kafir harbi di Malaysia’ pada satu program ceramah PN di Nenggiri supaya memohon maaf.

Tuntutan itu dibuat menerusi kenyataan bersama Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Syahredzan Johan dan Young Syefura Othman, dengan individu terbabit dipercayai menjadi pengerusi pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Annuar pada sidang media selepas ceramah berkenaan berkata, tiada keperluan untuk PAS memohon maaf kepada DAP kerana perkara itu kerana ia dibuat atas kapasiti peribadi, bukan pendirian parti.

“Kita berbincang untuk mengekalkan kempen beretika kerana kita yakin cara kempen yang baik berkenaan lebih disokong oleh rakyat.

“Walaupun (kejadian tersasul) kecil sahaja iaitu di akhir majlis ceramah, sebagai juruacara dia ada keluarkan satu istilah yang bersifat peribadi tapi sebab dalam musim pilihan raya, kita tak nak sebarang sentimen atau kekeruhan,’’ katanya.

PN juga, katanya merehatkan sementara seorang ahlinya dari pentas ceramah kerana tersasul dengan mendakwa DAP sebagai kafir harbi dalam satu ceramah, Khamis lalu.

Annuar berkata individu itu yang juga pengacara majlis pada ceramah berkenaan direhatkan selama tiga hari dan langkah berkenaan diambil bagi ‘menyejukkan’ keadaan. – 10 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related