HEADLINES

Tengku Zafrul sah sertai PKR

Beliau kini menjadi ahli PKR Cabang Ampang

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan sudah menjadi ahli parti PKR selepas permohonan beliau diterima dua minggu lalu.

Tengku Zafrul berkata beliau kini menjadi ahli PKR Cabang Ampang.

“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya kepada media Malaysia di Osaka, Jepun semalam ketika mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka, lapor BH.

Media pada 30 Mei lalu melaporkan, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam Umno selepas menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Tengku Zafrul, menerusi surat dihantar kepada pimpinan Umno, memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil masa yang panjang untuk menilai keserasian dan kesesuaian perjuangan politik yang ingin diteruskan. – 9 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related