HEADLINES

Tuntutan palsu Perkeso: 2 doktor pakar, seorang ejen direman

Difahamkan ketiga-tiga suspek ditahan susulan operasi khas yang dijalankan dengan kerjasama SPRM Pulau Pinang dan Perkeso, semalam

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pakar tulang di hospital kerajaan direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung dokumen tuntutan faedah hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang dipercayai mengandungi butir matan palsu.

Turut direman bersama doktor berusia 43 dan 50 tahun itu ialah seorang ejen berumur 32 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Bahari di Mahkamah Majistret Jenayah 1, di George Town selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai butiran palsu mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Difahamkan ketiga-tiga suspek ditahan susulan operasi khas yang dijalankan dengan kerjasama SPRM Pulau Pinang dan Perkeso, semalam, lapor Bernama.

Semalam 33 individu yang terdiri daripada tiga doktor, 19 pencarum Perkeso, lapan ejen dan tiga ‘runner’ berusia lingkungan 26 hingga 60 tahun direman bagi membantu siasatan kes yang sama, sekali gus menjadikan secara keseluruhan seramai 36 individu direman di negeri ini berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan Perkeso tersebut.

Menurut sumber, SPRM turut menyita wang tunai, barang kemas, dua buah beg berjenama, kenderaan mewah, nombor plat kenderaan mewah, 33 buah telefon bimbit dan barangan mewah yang jumlah kesuluruhannya bernilai kira-kira RM500,000 Selasa lepas.

Siasatan awal turut mendapati nilai wang rasuah yang terlibat dalam kegiatan ini berjumlah kira-kira RM2 juta.

Siri serbuan oleh SPRM itu adalah susulan kepada pendedahan oleh Ahli Dewan Negara Dr R.A Lingeshwaran Julai lepas yang menggesa Kementerian Sumber Manusia menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya Perkeso telah digantung, selepas dikaitkan dengan dakwaan memalsukan permohonan terbabit.

Lingeshwaran yang juga bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap memaklumkan Dewan Negara bahawa mereka digantung selepas Perkeso mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang. – 5 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related