HEADLINES

Malaysia antara negara diberi keutamaan sertai BRICS: Anwar

Mengenai penyertaan Malaysia dalam BRICS, Anwar berkata perbincangan dengan Perdana Menteri China dan India, Presiden Putin, serta dengan Presiden Brazil sebelum ini semua adalah positif

1:19 PM MYT

 

VLADIVOSTOK – Malaysia merupakan antara salah satu negara yang diberi keutamaan untuk menyertai BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sewaktu perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin semalam, perkara yang diberi perhatian adalah sama ada Malaysia menjadi ahli BRICS dengan segera atau bermula sebagai rakan negara blok itu.

“Tapi yang pentingnya, kerana undangan bagi negara yang belum jadi anggota, kita antara satu (negara yang) diberi keutamaan,” katanya pada sidang media di hari terakhir lawatan kerja beliau ke Rusia, di sini, hari ini,, hari ini.

Mengenai penyertaan Malaysia dalam BRICS, beliau berkata perbincangan dengan Perdana Menteri China dan India, Presiden Putin, serta dengan Presiden Brazil sebelum ini semua adalah positif.

“Mengapa kita pilih BRICS, kita rasa Global South, kerjasama perserikatan (kesatuan) negara Selatan ini sangat menguntungkan,” katanya. – 5 September, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related