HEADLINES

Isu sijil halal: Polis siasat Teresa Kok

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, siasatan dijalankan susulan lima laporan polis yang dibuat ke atas naib pengerusi DAP itu

4:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan lima laporan polis yang dibuat ke atas naib pengerusi DAP itu.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Prosedur operasi standard (SOP) siasatan 3R (Raja, agama dan kaum) akan dijalankan selepas laporan polis diterima dan semua saksi-saksi akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan,’’ katanya kepada media..

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur naib pengerusi DAP, Teresa Kok kerana kenyataannya berkaitan pensijilan halal tidak mewakili Pakatan Harapan (PH) malah ia tidak membantu menjernihkan keadaan.

Anwar juga menegaskan, tiada keperluan bagi Teresa untuk berbuat demikian.
Baru-baru ini, Teresa berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.

Menurut Teresa, langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

“Saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan untuk memiliki sijil halal,’’ katanya.

Kenyataan Teresa itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO). – 8 September, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related