HEADLINES

‘Abang Bas’ mengaku tidak bersalah atas 2 tuduhan amang seksual

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak saudaranya

1:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah yang juga penumpangnya di TikTok mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar di Johor hari ini.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu, membuat pengakuan berkenaan atas dua pertuduhan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor. Dia juga menangis di kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak saudaranya bagi maksud seksual.

Perbuatan itu dilakukan dalam bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara jam 5 hingga 6 petang, April hingga bulan ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual dengan kejadian ini juga berlaku pada waktu dan tempat sama.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (iii) AKKSTKK 2017 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa ataupun saksi pendakwaan sepanjang prosiding ini.

Kes disebut semula pada 10 Oktober ini untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor, Abdul Ghafar Ab Latif, manakala tertuduh diwakili peguam, Umar Zulkarnain.

Sebelum ini tular di aplikasi TikTok ‘Abang Bas’ menggelar seorang penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.- 10 September, 2024

Topics

 

Hangat

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Related