HEADLINES

KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata KPM akan membuka peluang berkenaan seluas-luasnya kepada mangsa untuk mendapat pendidikan, seperti termaktub dalam akta pendidikan yang mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi kanak-kanak di Malaysia

5:40 PM MYT

 

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan rumah amal milik rangkaian sebuah syarikat yang berjaya diselamatkan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata KPM akan membuka peluang berkenaan seluas-luasnya kepada mangsa untuk mendapat pendidikan, seperti termaktub dalam akta pendidikan yang mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi kanak-kanak di Malaysia.

“Dalam konteks kes berkenaan, sebenarnya kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan untuk itu KPM akan memberi seluas-luasnya peluang untuk kanak-kanak ini menerima pendidikan dalam sistem pendidikan.

“Jadi kita tengok dulu, tunggu dulu apakah hasil siasatan polis dan di mana ruang dan peluang yang boleh kita bantu bagi memastikan anak-anak kita ini mendapat pendidikan sebagaimana kanak-kanak yang lain, mungkin nasihat kepada ibu bapa dalam memastikan anak-anak ini ikut arus pendidikan,” katanya kepada media selepas Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) Ke-23, di sini, hari ini.

Azman berkata semua kanak-kanak warganegara yang berumur tujuh tahun ke atas wajib diberi pendidikan dan golongan ibu bapa yang gagal berbuat sedemikian, boleh diambil tindakan sewajarnya.

Pada Rabu, Polis Diraja Malaysia dilaporkan telah menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak berumur setahun hingga 17 tahun, terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi menerusi Op Global.

Polis turut menahan 171 individu terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian berumur 17 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan. – 14 September, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related