◉ HEADLINES

Kekal tolak atau runding MoU? Kerajaan tunggu surat balas rasmi pembangkang: Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya menghormati pandangan pembangkang dan menunggu hitam putih secara bersurat

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menunggu pihak pembangkang memberi surat rasmi selepas menolak draf Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sebaik menerima balasan secara rasmi oleh pembangkang, perkara itu akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan untuk dibincang.

Beliau berkata, setakat ini tiada surat rasmi diterima daripada pihak pembangkang dan keputusan mereka juga hanya diketahui melalui media dan kenyataan yang disebarkan.

“Sebagai sebuah negara demokrasi kita terima pandangan pihak pembangkang, jadi bila draf kita mengharapkan mereka datang balik dan maklum apa tidak dipersetujui dan apa cadangan balas, itu maknanya perundingan.

“Tapi apa pun saya menghormati pandangan mereka dan saya menunggu secara hitam putih daripada mereka secara bersurat.

“Jika dah ada nanti saya bawa untuk perundingan di peringkat Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

“Dari situ kita akan bincang lagi sama ada hendak terus berunding ataupun adakah ini muktamad daripada pihak pembangkang bahawa mereka tidak mahu berunding (lagi),” katanya kepada media selepas merasmikan Penangguhan Regatta Tandang Sari, Pusa di, Betong, Sarawak hari ini.

Terdahulu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan sebulat suara menolak MoU itu dibuat berdasarkan empat sebab utama.

Beliau berkata, syarat MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Ditanya sama ada keputusan mengenainya akan dibuat kerajaan dalam masa terdekat, Fadillah berkata beliau tidak pasti mengenainya kerana pembangkag menyatakan mereka tidak bersetuju dengan segala syarat di dalam draf MoU itu.

“Perundingan kena buat secara rasmi sebab surat dihantar secara rasmi dan saya mengharapkan ada jawapan rasmi daripada mereka, sama ada cadangan balas atau apa sebenarnya pendirian mereka.

“Saya tidak tahu pendirian mereka sama ada mahu terus berunding atau tidak, tapi apa pun saya akan maklumkan kepada jawatankuasa, sama ada kita nak nilai pandangan mereka atau sama ada nak kekalkan (syarat MoU), saya serahkan keputusan itu nanti kepada jawatankuasa terbabit,” katanya. – 15 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related