◉ HEADLINES

Lelaki ugut bakar anak positif dadah, punya 12 rekod lampau: Polis

Suspek masih direman sehingga 25 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan

12:23 PM MYT

 

KUANTAN – Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul dan mengugut untuk membakar anak lelakinya di sini, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berumur 35 tahun yang ditahan di Maran, Rabu lepas itu turut mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

“Suspek masih direman sehingga 25 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mangsa berusia dua tahun itu kini berada di bawah jagaan ibu kandungnya dan dalam keadaan sihat.

Wan Mohd Zahari sebelum ini dilaporkan berkata ibu kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis setelah menerima beberapa klip video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut. 

Suspek dilaporkan bertindak demikian kerana dipercayai tidak bersetuju dengan penceraian bersama ibu mangsa dan merakam video sebagai ugutan dan protes. – 21 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related