HEADLINES

Op Samseng Jalanan: Polis bawa 32 remaja ke surau, jalani program Muhasabah Diri

Program seperti solat subuh berjemaah dan tazkirah ini memberi fokus kearah kesedaran tentang keburukan merempit dan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain

9:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 32 remaja yang terlibat dalam melakukan pelbagai kesalahan trafik dalam Operasi Samseng Jalanan telah diberikan pendekatan berbeza, iaitu dibawa ke surau bagi mengikuti program Muhasabah Diri bersama ‘Mat Rempit’.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, remaja-remaja tersebut tidak ditahan dalam operasi yang dijalankan pada awal pagi tadi sebaliknya mereka dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee bagi proses dokumentasi.

Sebaik selesai proses tersebut, beliau berkata, remaja terbabit dibawa Surau An Nazahah di JSPT, di sini, dan diberikan ditunjuk ajar dengan ⁠beberapa perkara.

“Ia termasuk mendalami kaedah mengambil air sembahyang yang betul, laungan azan serta iqomat dan kaedah menyampaikan tazkirah secara ringkas.

“Pengisian program seperti solat subuh berjemaah dan tazkirah yang memberi fokus kearah kesedaran tentang keburukan merempit dan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain telah di sampaikan oleh Inspektor Zambri dari Unit Penguatkuasa JSPT KL,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tegasnya, dalam perkara ini, ibu bapa perlu lebih prihatin dalam anak–anak dan menjadikan mereka rakan untuk berkongsi pengalaman serta masalah yang dialami.

Ia sekali gus mengurangkan fokus mereka terhadap aktiviti yang melanggar undang- undang jenayah atau lalu lintas.

Dalam pada itu, Mohd Zamzuri turut memberitahu, dalam Operasi Samseng Jalanan itu, seorang remaja berusia 17 tahun ditahan.

Sementara 157 saman, katanya, telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran, motosikal diubahsuai serta lain-lain. – 22 September, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related