◉ HEADLINES

Paip kumbahan bocor disyaki punca lubang benam di Kompleks Bunga Raya KLIA

Menurut sumber Kementerian Kerja Raya (KKR), kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu disyaki akibat kebocoran paip kumbahan

2:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu kejadian lubang benam berkedalaman satu meter dikesan berlaku di kawasan hadapan Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.

Menurut sumber Kementerian Kerja Raya (KKR), kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu disyaki akibat kebocoran paip kumbahan.

“Lubang benam (sinkhole) bersaiz 4.3 meter panjang dan 5.4 meter lebar itu dikesan di kawasan antara pintu masuk dan keluar Kompleks Bunga Raya.

“Sinkhole berlaku di kawasan senggaraan MAB (Malaysia Airport Berhad). Ia di luar had senggaran JKR (Jabatan Kerja Raya) dan Roadcare.

“Status laluan jalan boleh dilalui oleh semua kenderaan namun TMP (pelan pengurusan trafik) di kawasan sinkhole telah dibuat oleh pihak MAB.

“Pihak JKR dan Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan MAB,” katanya.

Laporan terperinci akan dikeluarkan pihak MAB selepas siasatan lanjut selesai dijalankan. – 25 September 2024

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related