HEADLINES

PM umum peruntukan tambahan 5.5 juta baik pulih Pasar Siti Khadijah

Ia merupakan peruntukan tambahan kepada RM1.5 juta yang disalurkan kerajaan sejak tahun lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM7 juta

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.5 juta untuk kerja-kerja menambah baik Pasar Siti Khadijah, di Kota Bharu memandangkan ia merupakan kawasan tarikan pelancong.

Beliau memberitahu, ia merupakan peruntukan tambahan kepada RM1.5 juta yang disalurkan kerajaan sejak tahun lalu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM7 juta.

Menurutnya, keutamaan adalah aspek kebersihan, tandas, baik pulih bumbung dan sistem pendawaian.

“Pada November tahun lalu, kita sudah luluskan peruntukan RM500,000 untuk baiki bumbung dan RM1 juta pada tahun ini untuk proses mengecat dan baik pulih struktur konkrit yang merekah.

“Disebabkan masih ada proses yang perlu dilakukan termasuk sistem pendawaian yang perlu ditukar, hari ini kita mengumumkan peruntukan RM5.5 juta pula menjadikan keseluruhan RM7 juta untuk Pasar Besar Siti Khadijah,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar turut menegaskan beliau tidak mahu projek itu ditangguhkan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memberikan laporan kepadanya.

“Kalau perlu tender pun kita bincang dengan Majlis Perbandaran Negeri supaya tender itu dipercepatkan.

“Ikut tender. Tak ikut tender bahaya, saya ada pengalaman ambil alih kerajaan ni, runding-runding tak boleh, dia sakau banyak, jadi lebih baik kita tender, kita ikut peraturan, syarikat yang berupaya, kos rendah dan laksanakan,’’ katanya.

Pada majlis berkenaan, beliau turut mengumumkan beberapa peruntukan termasuk RM8 juta untuk menampung kos projek Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.

Sementara pelaksanaan projek tebatan banjir dan loji bekalan air bersih di Kelantan, kata beliau, perlu disegerakan. – 1 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related