HEADLINES

Monsun Timur Laut bermula November, MetMalaysia ramal sehingga 6 episod hujan lebat

Turut diramalkan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada bulan hadapan dan berterusan sehingga Mac 2025, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) MetMalaysia, Ambun Dindang berkata, turut diramalkan berlaku empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang tempoh itu.

“Hujan lebat diramal melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang antara November hingga Disember depan.

“Hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak bermula Disember hingga Januari 2025.

“Hujan berterusan mungkin berlaku di negeri pantai barat sekiranya berlaku luruan monsun yang kuat atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara.

“Kebanyakan tempat dijangka mengalami jumlah hujan bulanan pada paras purata kecuali beberapa kawasan di utara dan timur Semenanjung serta timur Sabah yang dijangka menerima hujan sedikit atas paras purata pada fasa awal Monsun Timur Laut (MTL),” katanya di Putrajaya hari ini.

Ambun berkata, pada penghujung MTL iaitu dari Februari hingga Mei, beberapa kawasan di utara Semenanjung seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Kelantan dan Terengganu di Pantai Timur, dijangka mengalami cuaca kering dan kurang hujan.

Selain itu beliau berkata, masalah jerebu setempat dan rentas sempadan serta gelombang haba juga diramal berlaku dalam tempoh itu.

“Untuk menangani masalah jerebu, kita mengambil inisiatif menghasilkan model sebaran aerosol dan agen pencemar atmosfera bagi menyokong operasi harian jabatan, terutama ketika musim jerebu dan kering,” katanya.

Tambahnya, menerusi Projek Menaik Taraf Stesen Pencerapan Cuaca Permukaan,, sebanyak 100 stesen pencerapan cuaca konvensional akan dinaik taraf kepada Stesen Meteorologi Auksillari Automatik berteknologi tinggi.

“Melalui pelaksanaan projek ini, kita dapat mengoptimumkan keupayaan sistem rangkaian cuaca sedia ada dan meningkatkan perkhidmatan pemantauan cuaca berterusan, ramalan cuaca semasa dan penyampaian amaran cuaca buruk,” katanya. – 3 September, 2024

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related