HEADLINES

PM terima anugerah awam tertinggi Pakistan, ‘Nishan-e-Pakistan’ buka ruang kerjasama lebih erat

Anugerah itu disampai oleh presiden negara itu, Asif Ali Zardari dalam satu majlis di Istana Presiden

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan anugerah awam tertinggi Pakistan, Nishan-e-Pakistan, atas usaha memupuk hubungan dua hala ke tahap yang lebih baik.

Anugerah itu disampai oleh presiden negara itu, Asif Ali Zardari dalam satu majlis di Istana Presiden.

“Pastinya ruang itu digunakan bagi merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih baik di masa hadapan.

“Saya kemudian dikurniakan anugerah penghormatan tertinggi Pakistan kepada pemimpin luar iaitu Nishan-e-Pakistan di atas usaha memupuk hubungan dua hala antara ke tahap lebih lebih baik, sekalung penghargaan di atas anugerah ini,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berada di Pakistan sempena lawatan rasmi selama tiga hari ke negara berkenaan sejak Rabu dan turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Asif.

Dalam lawatan rasmi berkenaan, Anwar turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan tokoh industri Pakistan menerusi Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-Pakistan, bagi meneliti serta menerokai kerjasama baharu seperti industri halal dan beras.

“Sebanyak 67 syarikat dan tujuh persatuan perniagaan Pakistan dan Malaysia telah menyertai sesi meja bulat ini dan sekalung penghargaan dizahirkan di atas komitmen berterusan semua pihak yang telah menjayakannya,’’ katanya.

Anwar turut mengumumkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan membuat pejabat di Karachi, bulan depan, sekali gus menekankan komitmen Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dua hala.

Jelasnya, Pakistan cemerlang dalam beberapa bidang tertentu, contohnya dalam penyelidikan sains tradisional dan mempunyai tradisi perindustrian yang lebih panjang serta penyelidikan dan pembangunan saintifik berbanding Malaysia yang merupakan peserta baharu.

Bagaimanapun, Malaysia dianggap sebagai hab serantau bagi industri semikonduktor, kata beliau.

Anwar berkata terdapat bidang yang boleh diusahakan Kuala Lumpur dan Islamabad secara bersama.

Pada 2023, perdagangan antara Malaysia dan Pakistan dianggarkan bernilai RM6.43 bilion, dengan Malaysia mengeksport barang bernilai RM4.39 bilion ke Pakistan, dan mengimport barang bernilai RM2.04 bilion, menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM2.34 bilion bagi Malaysia, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan.

Bagi tujuh bulan pertama tahun ini, perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM5.10 bilion, lapor Bernama.

Kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Erat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) pada 2008, yang merangkumi perdagangan barang, pelaburan dan kerjasama teknikal. – 4 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related