◉ HEADLINES

Selesai saman tertunggak JPJ, PDRM, baru layak Program Peralihan Lesen kelas B

Selain itu, orang ramai juga perlu bebas senarai hitam, sekatan urus niaga dan tidak disabitkan kesalahan berat di bawah Akta 333 JPJ

4:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta selesaikan dulu saman-saman tertunggak sebelum layak menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, selain itu, mereka juga perlu bebas senarai hitam, sekatan urus niaga dan tidak disabitkan kesalahan berat di bawah Akta 333 JPJ.

“Saya nak ingatkan kepada orang awam kalau ada yang mendapati lesen mereka sudah 10 tahun ke atas, tapi tidak layak dia harus menyemak semula saman tertunggak.

“Saman melibatkan JPJ dan PDRM, kena selesaikan dahulu saman tertunggak dan senarai hitam yang ada barulah sistem itu akan tukarkan kepada status layak,” katanya selepas Operasi Khas Kenderaan Perdagangan di Bangi hari ini.

Pada Rabu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, individu yang memegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 secara aktif selama sekurang-kurangnya 10 tahun berturut-turut boleh memohon untuk menyertai Program Khas Peralihan LMM kelas B1 dan B2 kepada kelas B.

Beliau berkata, lesen itu tidak perlu aktif selama 10 tahun berturut-turut kerana ada beberapa kemungkinan lesen berkenaan tidak dapat diperbaharui ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19

“Syarat itu dilonggarkan serta-merta iaitu tempoh LLM hanya perlu aktif dan mencukupi 10 tahun ke atas dan tidak perlu secara 10 tahun berturut-turut (diumumkan sebelum ini),” katanya.

Bagaimanapun ramai yang mengeluh kerana mereka tidak layak menyertai program berkenaan.

Dalam pada itu, Aedy berkata, lebih tiga juta pemegang lesen B1 dan B2 daripada jumlah keseluruhan seramai 9.31 juta orang, layak menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada kelas B. – 4 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related