HEADLINES

‘Parti’ dalam balai: Pegawai kanan, 3 anggota polis ditukar ke Johor, Kelantan

pemeriksaan mendapati seorang anggota polis berpangkat koperal bersama tiga wanita serta seorang lelaki awam berada di dalam bilik berkenaan

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan serta tiga anggota polis ditukarkan serta-merta ke Johor dan Kelantan, selepas dipercayai berparti dalam bilik Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pemeriksaan mendapati seorang anggota polis berpangkat koperal bersama tiga wanita serta seorang lelaki awam berada di dalam bilik berkenaan.

Beliau berkata, mereka didapati sedang mendengar muzik yang dipasang dengan kuat serta makan.

“Adalah menjadi kesalahan iaitu mana-mana orang awam tidak boleh dibawa masuk ke dalam premis pejabat tanpa sebarang urusan rasmi.

“Tindakan tegas diambil mengikut Peraturan 3C Pegawai Awam (Tata Kelakuan dan Disiplin) 1993 melibatkan arahan penukaran terhadap anggota polis terbabit dikeluarkan serta-merta,” katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Sementara itu, Hussein memaklumkan polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah berbahaya berkait kegiatan kongsi gelap dan pecah rumah yang aktif sekitar Selangor dan Negeri Sembilan sejak tahun lalu.

Tangkapan dibuat dalam Op Casa yang dijalankan sejak 3 Oktober lalu di mana 10 individu berusia lingkungan 23 hingga 46 tahun, termasuk seorang wanita berjaya ditahan di sekitar Mantin, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

Hussein berkata, siasatan mendapati ketua kumpulan ini mempunyai tiga rekod jenayah bunuh dan mereka dianggap kumpulan profesional yang akan melakukan risikan serta membuat perancangan rapi sebelum melakukan jenayah.

“Kesemuanya masih dalam tahanan reman dan daripada hasil semakan, dua daripada mereka mempunyai 13 dan 14 rekod jenayah (lampau).

“Kita juga kesan tujuh kes samun di Negeri Sembilan, ini paling minimum 13 kes pada tahun ini dan tahun lepas dan tetapi kita percaya mereka juga terlibat dalam banyak kes yang lain sama ada di Selangor atau negeri lain,” katanya.

Menurut Hussein lagi, kesemua suspek dipercayai terlibat dalam kes samun di Pandamaran, Klang, awal pagi Khamis lalu yang menyebabkan mangsa, seorang ahli perniagaan kerugian sebanyak RM600,000 melibatkan wang tunai, barang kemas dan patung sembahyang.

“Mereka akan mengenal pasti rumah-rumah yang mudah dimasuki dan akan masuk pada awal pagi apabila mana-mana mangsa cuba buka pintu, mereka akan serbu menggunakan parang, seterusnya ikat mangsa, geledah rumah dan bawa lari. – 7 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

Related