HEADLINES

Veteran Umno tegur Shamsul Iskandar ‘cakap siang pandang-pandang’

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, sebagai orang kuat Perdana Menteri, Shamsul sewajarnya bercakap dengan lebih matang tanpa menampakkan sikap kebudak-budakkan

2:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditegur supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan bersikap matang.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ‘tersalah cakap’ boleh menimbulkan ketidakselesaan rakan parti dalam kerajaan.

Beliau berkata, ia juga boleh memberi kesan kepada kedudukan politik Shamsul Iskandar begitu juga Perdana Menteri.

“Sebagai orang kuat Perdana Menteri, Shamsul sewajarnya bercakap dengan lebih matang tanpa menampakkan sikap kebudak-budakkan.

“Hubungan baik yang terjalin antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan baharu, malah sudah lama sebelum Shamsul kenal Anwar,’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Terdahulu, tular klip video ketika Shamsul Iskandar menjadi tetamu Podcast ‘Apa Cerita’ baru-baru ini, di mana beliau mendakwa diminta oleh Presiden PKR untuk tidak mencabar kemenangan tipis Zahid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Bagan Datuk.

Dalam podcast itu, Shamsul memberitahu beliau mahu pengiraan semula kertas undi diadakan disebabkan perbezaan undi yang tipis iaitu sebanyak 348.

Susulan itu, Shamsul Iskandar menjelaskan beliau tidak mencabar keputusan kemenangan tipis Ahmad Zahid di Parlimen Bagan Datuk pada PRU15 untuk membolehkan kerajaan perpaduan dibentuk.

Menerusi kenyataan kepada Scoop, Shamsul Iskandar berkata, ketika itu Presiden PKR, Anwar memberitahunya bahawa kerajaan perpaduan sedang dibentuk justeru ia mempunyai proses tertentu apatah lagi Zahid adalah Presiden Umno.

Dalam pada itu, Mustapha berkata beliau tidak berhasrat untuk memperbesarkan isu berkenaan namun lebih mementingkan hubungan yang ada dalam Kerajaan Perpaduan sekarang khususnya antara Umno dan PKR.

“Tapi sudah tentu kami tidak akan berdiam diri bila Presiden kami dipersenda dengan kenyataan yang berbaur ‘dendam’ dan cuba memperlihatkan seolah-olah Zahid menang dengan ehsannya.

“Veteran berharap Shamsul lebih profesional dalam membuat sebarang komen dan kenyataan, apatah lagi kedudukannya sebagai setiausaha politik Perdana Menteri,’’ katanya.

Sementara itu penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Mazlan Ali berkata, meskipun kenyataan Shamsul Iskandar bersifat pandangan peribadi, namun ia menimbulkan ketidakselesaan kepada rakan dalam kerajaan perpaduan khususnya Umno.

“Kenyataan Shamsul dianggap tidak produktif kepada hubungan parti-parti perpaduan. Anwar kena beritahu kepada pemimpin dalam PH jangan menggugat kestabilan Putrajaya dengan kenyataan tidak positif,” katanya. – 16 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related