HEADLINES

Insiden gegaran Ipoh: Negara tidak diceroboh, tiada pesawat TUDM di udara ketika kejadian

TUDM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak PDRM untuk melaksanakan siasatan

6:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegaskan tiada sebarang penerbangan pesawat pejuangnya dijalankan ketika kejadian bunyi dentuman dan gegaran yang berlaku di Ipoh semalam.

Menerusi satu kenyataan hari ini, pihak berkuasa itu turut menolak sebarang dakwaan pencerobohan ruang udara negara oleh pesawat asing.

“TUDM ingin menegaskan tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang TUDM yang dilaksanakan di sekitar kawasan tersebut pada masa kejadian, termasuk kejadian pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara.

“TUDM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan gegaran yang berlaku di daerah berkenaan telah dikaitkan dengan kemungkinan berpunca daripada dentuman “Sonic Boom” atau letupan sonik oleh pesawat pejuang.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata hasil semakan dengan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan.

Beliau berkata, semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) juga mendapati tiada operasi letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum 12 tengah hari semalam.

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi (semalam),” katanya.

“Polis sedang menyiasat insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan kegusaran awam,” katanya. – 22 Oktober, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related