◉ HEADLINES

‘Tidak perlu prasangka atau lempar pelbagai tafsiran terhadap kenyataan maaf Najib’ kata Zahid

Menurut Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas saksi-saksi memberi keterangan di mahkamah

8:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak perlu prasangka atau melemparkan pelbagai tafsiran mengenai kenyataan maaf oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas keterangan saksi-saksi di mahkamah.

“Kita jangan terus berprasangka dan melemparkan pelbagai pentaksiran terhadap perkara itu.

“Kita tahu bahawa kenyataan itu keluar selepas keterangan saksi-saksi di mahkamah dan hanya disedari Datuk Seri Najib ketika saksi-saksi itu memberikan keterangan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia Madani di sini, hari ini.

Khamis lalu, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kejadian salah laku melibatkan syarikat 1MDB menerusi kenyataan yang dibacakan oleh anaknya, Datuk Mohamad Nizar.

Dalam kenyataannya itu, Najib kekal menyatakan dirinya tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid.

Najib berkata, beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada di bawah pengawasannya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

Mengulas lanjut, Zahid berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang baik kerana menerima permohonan maaf tersebut.

“Seorang pemimpin yang baik harus menerima permohonan maaf daripada siapa sahaja,’’ katanya.

Bagaimanapun berbeza dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyifatkan permohonan maaf itu tidak membawa apa-apa makna kerana mahkamah sebelum ini telah membuktikan dan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas bekas Perdana Menteri itu. – 28 Oktober, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related