◉ HEADLINES

Polis tahan lelaki langgar kereta warga emas tiga kali

Polis berkata hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau

10:01 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes khianat terhadap sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas di Susur 6, Jalan Tun Razak, di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara suspek berusia 50 tahun yang memandu Toyota Hilux dengan seorang lelaki memandu Perodua Axia berumur 63 tahun.

Suspek, seorang lelaki tempatan turut dilihat memandu dalam keadaan gopoh dan melulu ketika kejadian.

Beliau berkata kejadian pada jam 3.10 petang itu berlaku apabila warga emas yang memandu Perodua Axia memperlahankan kenderaan selepas terlepas simpang sebelum suspek yang dari arah belakang memotong secara agresif.

“Dipercayai telah berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua pihak sebelum suspek bertindak melanggar kereta mangsa sebanyak tiga kali hingga menyebabkan kerosakan bernilai RM15,300,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Beliau berkata hasil semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 24 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related