◉ HEADLINES

Jangan libatkan GLC dalam pelaburan berisiko: Wan Fayhsal

Kerajaan diingatkan jangan ulangi kesilapan sama dengan membuat pelaburan berisiko seperti Khazanah dan PNB ke dalam FashionValet

7:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan diingatkan jangan ulangi kesilapan sama terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan membuat pelaburan berisiko seperti pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) ke dalam FashionValet Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kesilapan itu tidak boleh diulangi termasuk penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikuasai BlackRock Inc.

Ini kerana, katanya, harga tawaran yang dijanjikan oleh Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membawa MAHB ke peringkat penswastaan adalah murah, dengan harga sekitar RM10.60 dan tawaran yang disasarkan RM11.

“Kebimbangan ini juga timbul selepas baru-baru ini pelaburan strategik Khazanah ke atas FashionValet yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu baru lebih RM46 juta rugi, kita bercakap tentang kebimbangan rugi beratus juta ringgit,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

Kerajaan, kata beliau, sepatutnya mengikuti langkah dana pencen Norway, KLP yang melepaskan pegangan saham dalam syarikat perindustrian Amerika Syarikat, Caterpillar berjumlah hampir AS$70 juta ekoran risiko peralatan perusahaan itu digunakan untuk melanggar hak asasi manusia di wilayah Palestin.

Wan Fayhsal turut menyifatkan jawapan balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung gesaan daripada Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) di Parlimen agar kerajaan menyemak penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat Blackrock Inc, sebagai tidak menyeluruh.

Sedangkan, katanya semua persoalan sudah dibangkitkan oleh pembangkang di dalam dan luar Dewan Rakyat.

Pada sesi penerangan Perdana Menteri berhubung Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam berkenaan isu Palestin, di Dewan Rakyat, semalam, Anwar memaklumkan, kerajaan terbuka untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan rejim Israel di negara ini.

Tegas beliau, pendirian Malaysia adalah tegas malah banyak negara di dunia yang tidak mengambil keputusan seperti yang Malaysia lakukan.

“Jangan menggesa kita buat lebih dari itu. Kerana semasa rakan-rakan (Perikatan Nasional) dalam pemerintahan mereka tidak lakukan begitu. Mereka membenarkan Zim (Zim Integrated Shipping Services, kapal Israel ) berlabuh di Malaysia. Mereka membenarkan Zim berlabuh. Kita tak mengizinkan malah kita ambil langkah lebih dari itu.

“Cuma sekarang ada bangkitkan syarikat-syarikat, puluhan, ratusan syarikat yang ada kerjasama dagangan dengan Israel. Yang berdagang dengan semua negara termasuk Malaysia, dan di semua negeri termasuk negeri yang diperintah oleh pembangkang,’’ katanya. – 5 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] GP fee hike may finally end clinic medicine markups: Dr Thirunavukarasu

Malaysian Medical Association president says decades of suppressed consultation rates forced clinics to rely on medicine sales — but warns patients will still bear rising healthcare costs despite long-overdue reforms

Red flags ignored, govt money down the drain? A recap of the LCS saga

The eye-watering RM9 billion littoral combat ships project courted controversy last year when multiple government and corporate reports outlined discrepancies behind the deal with main contractor Boustead Naval Shipyard and other companies.

Iran confirm 2026 World Cup participation, outline conditions for hosts

Federation insists on visa assurances, security guarantees and respect for national symbols ahead of tournament in North America

◉ Related