◉ HEADLINES

Tidak perlu hidupkan MPN, Akademi Profesor Malaysia sudah ada, kata Maszlee

APM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai keahlian dalam kalangan profesor dan profesor madya

1:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan bagi kerajaan untuk mewujudkan semula Majlis Profesor Negara (MPN) kerana Akademi Profesor Malaysia (APM) telah ditubuhkan sebagai badan baru bagi menggantikan MPN.

Mantan Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, penubuhan APM telah dibincangkan oleh Jemaah Menteri pada 2019.

Langkah yang paling wajar, katanya ialah mengukuhkan Akademi Profesor Malaysia sebagai badan yang mewakili pandangan para profesor.

Beliau yang menjawat jawatan Menteri Pendidikan dari 2018- 2020 memberitahu, berbeza dengan MPN, APM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai keahlian dalam kalangan profesor dan profesor madya daripada semua institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Saya telah mengikuti dengan teliti perbincangan dan laporan PAC terkait isu Majlis Profesor Negara (MPN). Sebenarnya perbincangan tentang MPN bukanlah perkara baru.

“Jemaah Menteri telahpun membincangkan perkara ini pada tahun 2019 dan telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah badan baru, yang dikenali sebagai Akademi Profesor Malaysia (APM) bagi menggantikan MPN,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya baru-baru ini mengesyorkan supaya Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengkaji sama ada MPN masih relevan sebagai penggerak kepakaran tenaga akademik dalam membantu kerajaan membangunkan negara atau sebaliknya.

Menurut PAC, jika JPM mahu mengekalkan MPN sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan Kerajaan (CLBG), ia perlu diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaras fungsi dan peranannya.

Malah PAC menegaskan keberkesanan dan fungsi MPN kepada kerajaan tidak dapat ditentusahkan kerana Indeks Prestasi Utama (KPI) yang tidak ditentukan serta tidak dilaporkan kepada JPM.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, beliau telah meneliti aktiviti yang dijalankan oleh APM dan berpandangan mereka telah menjalankan aktiviti dengan aktif yang berperanan untuk memberi pelbagai pandangan kepada pihak kerajaan.

“Pada pandangan saya, tidak ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan kembali MPN atau menubuhkan badan baru untuk menggembleng peranan profesor di Malaysia.

“Langkah yang paling wajar ialah mengukuhkan Akademi Profesor Malaysia sebagai badan yang mewakili pandangan para profesor,’’ katanya. – 9 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related