◉ HEADLINES

Tragedi lemas 3 petugas JKR: Polis rakam keterangan 19 saksi

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan berterusan menyebabkan air Sungai Jahang naik mendadak mengakibatkan satu bot water rafting yang dinaiki enam penumpang dan seorang guide terbalik

3:17 PM MYT

 

KAMPAR – Polis telah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan susulan insiden tiga petugas Jabatan Kerja Raya (JKR) yang maut akibat lemas ketika melakukan aktiviti rakit arus deras atau water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata kesemua individu yang dirakam keterangan itu merupakan peserta program dan agensi pengendali sukan air terbabit.

“Kita jangkakan memanggil beberapa lagi individu lain bagi melengkapkan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Sementara itu, Mohamad Nazri berkata kesemua jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing dari Unit Forensik Hospital Kampar awal pagi tadi.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kesemua mangsa adalah disebabkan asphyxia secondary to drowning (saluran pernafasan terhalang akibat lemas) dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu,  Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Khairol Najib Hashim meminta kerajaan negeri serta Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan arahan, larangan serta garis panduan ketat berkaitan aktiviti air di semua sungai di negeri ini sepanjang musim tengkujuh.

“Semua pihak terutamanya penganjur program serta pengusaha aktiviti rekreasi perlu lebih peka dan bijak memilih aktiviti berdasarkan kesesuaian keadaan semasa. 

“Keselamatan dan nyawa peserta harus sentiasa diutamakan berbanding sebarang pertimbangan lain. Pengusaha aktiviti rekreasi air perlu bertanggungjawab dengan menghentikan serta-merta segala aktiviti berbahaya ini sehingga keadaan cuaca kembali normal dan selamat,”  katanya.

Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kampar mengarahkan semua aktiviti riadah dan kegiatan luar melibatkan kawasan sungai di daerah Kampar dihentikan buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kejadian petang semalam, tiga petugas JKR Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng.

Mangsa terlibat ialah Suhaili Mat Saad, 47, jurutera daerah SPT, Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37, (penolong jurutera kanan JKR Langkawi) dan Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, yang merupakan pegawai khidmat pelanggan di JKR Langkawi.

Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan berterusan yang menyebabkan air Sungai Jahang naik mendadak mengakibatkan satu bot water rafting yang dinaiki enam penumpang dan seorang guide atau pemandu peserta terbalik. – 16 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

◉ Related