HEADLINES

CDC pastikan tadbir urus cekap, telus perkukuh sistem e-Perolehan kerajaan

Komuniti e-Perolehan kini merangkumi 3,900 pejabat perolehan di bawah 28 kementerian dan agensi, melibatkan 145,000 pengguna kerajaan serta 180,000 pembekal

8:53 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) komited untuk memastikan tadbir urus beretika dan inovasi digital memainkan peranan penting dalam mentransformasi sistem perolehan sektor awam.

Pengarah Eksekutifnya, Putri Nurul Ida Yahya berkata, sebagai pengendali sistem e-Perolehan kerajaan, CDC berjaya membangunkan dan memperkukuh rangka kerja perolehan yang menitikberatkan kecekapan, ketelusan dan integriti sebagai asas utama.

“Komuniti e-Perolehan kini merangkumi 3,900 pejabat perolehan di bawah 28 kementerian dan agensi, melibatkan 145,000 pengguna kerajaan serta 180,000 pembekal.

“Setiap tahun, ePerolehan mengendalikan transaksi bernilai RM27 bilion dengan lebih daripada 28 juta urus niaga perolehan, meliputi 97% daripada keseluruhan belanjawan tahunan untuk barangan
dan perkhidmatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada program Dialog Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika dari sudut Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak pelancaran sistem ePerolehan baharu pada 2018, pelbagai inovasi menyeluruh telah diperkenalkan.

“Ia merangkumi dasar perolehan kerajaan, tahap kesediaan pengguna, keselamatan, pengarkiban data, serta integrasi sistem yang lebih holistik.

“Hari ini, sistem ini terus berkembang pesat sejajar dengan keperluan pengguna dan kemajuan teknologi terkini.

“Dalam aspek tadbir urus dan kawalan perolehan, ePerolehan telah dilengkapi dengan lebih daripada 30 ciri utama yang menzahirkan lima prinsip asas perolehan kerajaan iaitu akauntabiliti, ketelusan, persaingan terbuka, keadilan, dan nilai untuk wang,” katanya.

Beliau berkata, komitmen berterusan Kementerian Kewangan terhadap penambahbaikan memastikan sistem ePerolehan kekal relevan, cekap, dan berdaya saing dalam menegakkan prinsip tadbir urus yang beretika lagi berintegriti.

“Sempena bulan Bulan Integriti, forum ini menjadi peringatan yang tepat pada waktunya tentang peranan strategik platform digital seperti ePerolehan dalam memperkukuhkan ketelusan, tadbir urus, dan akauntabiliti.

“Platform ini bukan sekadar alat untuk meningkatkan kecekapan, tetapi juga pemangkin kepada tadbir urus yang unggul, dengan menawarkan pemantauan masa nyata, pengesanan yang lancar, serta proses perolehan yang selamat, adil, dan telus.

“Bagi CDC, integriti bukan sekadar nilai retorik—ia adalah teras kepada setiap tindakan dan keputusan yang kami ambil.

“Integriti inilah yang menjadi pemacu setiap keputusan, interaksi, dan kerjasama kami, selain asas kepada kepercayaan yang merupakan tunjang hubungan kami dengan pelanggan, rakan kongsi, serta komuniti,” katanya. – 20 November, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related