◉ HEADLINES

Penangguhan RUU Pekerja Gig: Kesuma sudah maklumkan kepada jemaah Menteri

Terdahulu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim memaklumkan kepada Scoop, pembentangan RUU Ekonomi Pekerja Gig telah ditangguhkan

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri sudah dimaklumkan mengenai keputusan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatut dibentang Disember ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil mengesahkan perbincangan mengenai perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau juga mendapat makluman mengenai penangguhan RUU itu menerusi Scoop.

“Dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini saya sahkan ada dibincangkan perkara ini dan memang jemaah menteri dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Manusia berhasrat untuk menangguhkan dulu agar memberi ruang dan peluang lebih banyak proses libat urus dengan pelbagai pihak.

“Untuk maklumat lanjut termasuk tentang garis masa boleh berhubung dengan Yang Berhormat Steven Sim (Menteri Kesuma),” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim memaklumkan kepada Scoop, pembentangan RUU Ekonomi Pekerja Gig telah ditangguhkan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pihak berkepentingan serta keperluan untuk memastikan enakmen berikutnya meliputi semua sudut.

“Ia adalah undang-undang yang sama sekali baharu, jadi kami memerlukan lebih banyak masa kerana penggubalan yang sepatutnya bermula pada bulan Ogos,” kata Sim.

Drafnya telah selesai tetapi sudah tentu semasa rundingan kami mempunyai pelbagai maklum balas jadi kami memutuskan untuk mengambil sedikit masa lagi,” katanya.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan pada Disember ini dan dijangka berkuat kuasa pada Mac 2025.

Semalam platform gergasi industri gig termasuk foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare dan Lalamove turut menggesa penangguhan ruu terbabit.

“Untuk memastikan rangka kerja yang seimbang dan bermaklumat, kami dengan hormatnya meminta pembentangan Rang Undang-Undang pada bulan Disember ditangguhkan bagi membolehkan perundingan yang lebih komprehensif dengan kedua-dua pekerja gig dan pemain industri,” kata pemain industri itu dalam satu kenyataan bersama.

Pada Oktober, Scoop mendedahkan butiran rang undang-undang yang bertujuan untuk melindungi kebajikan pekerja sambilan, dengan penekanan kepada pekerja E-hailing dan P-hailing.

Ia memberi tumpuan kepada penyediaan dan/atau peningkatan imbuhan, keselamatan sosial, timbang tara dan kesihatan dan keselamatan.

Membabitkan kira-kira setengah juta individu dalam sektor e-hailing dan p-hailing sahaja, kerajaan mengambil pendirian lebih banyak perlu dilakukan untuk melindungi segmen tenaga kerja ini yang menyumbang 3% daripada KDNK negara. – 22 November 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related