HEADLINES

Tambang bas sekolah dijangka naik 25-30% tahun hadapan, kata BSM

Kenaikan itu tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri bas sekolah negara

1:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenaikan tambang bas sekolah pada tahun hadapan tidak dapat elakkan demi kelangsungan industri berkenaan dan dijangka mengalami kenaikan antara 25% hingga 30%.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (BSM), Mohd Haron Mohamad Sidik dalam kenyataannya berkata, ia juga adalah susulan kenaikan harga alat-alat ganti, pelaksanaan gaji minimum yang akan berkuatkuasa pada 1 Februari 2025 serta persaingan daripada kenderaan haram sekolah.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur berkata, tambang bas sekolah tidak dikawal oleh kerajaan sejak 2015 malah tidak ada kata sepakat mengenainya.

Sebaliknya, kata beliau, kadar tambang bas sekolah ditentukan mengikut persetujuan pengusaha dan pelanggan.

“Tahun 2026 pula, sesi persekolahan akan kembali normal seperti sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan ini bererti tambang bas sekolah akan menjadi 11 bulan sahaja.

“Disember adalah cuti penuh. Kemungkinan tambang bas sekolah juga sukar diambil pada bulan Oktober dan November kerana ramai murid-murid tidak lagi pergi ke sekolah selepas peperiksaan akhir tahun.

“Jika dicongak-congak pengusaha bas sekolah hanya perolehi pendapatan atau tambang bas sekolah setahun cuma 9 bulan sahaja,’’ katanya.

Menurut Mohd Haron, lebih malang lagi apabila Kementerian Pengangkutan menarik semula keistimewaan bas sekolah dengan tidak membenarkannya menjalankan aktiviti sewaan bas pada hari cuti sekolah.

Keadaan ini, ujar beliau, sudah pasti membebankan pendapatan pengusaha bas sekolah.

“Belum lagi gangguan dari kenderaan haram sekolah yang semakin berleluasa. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula gagal menjalankan penguatkuasaan menangkap dan menyita kenderaan-kenderaan ini.

“Saman yang dikeluarkan terlalu murah dan mampu dibayar oleh pemilik-pemilik kenderaan haram dengan senyum,’’ katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan mengambil alih tambang bas sekolah dengan menggunakan modul bas percuma Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kerajaan juga disarankan mengambil alih tambang bas sekolah jika prihatin dengan nasib ibu bapa atau penjaga. Jika kerajaan yang memangku tambang bas sekolah, sudah pasti kegiataan kenderaan haram sekolah juga dapat dihapuskan sepenuhnya. Kerajaan boleh ikut modul bas percuma DBKL,’’ katanya. – 23 November, 2024

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related