HEADLINES

Sering dikritik tak ambil gaji, Anwar berseloroh mungkin pertimbang ambil tahun depan

'Kita tak ambil (gaji perdana menteri) tapi elaun Parlimen ada, (isteri) (Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) pun dapat elaun Parlimen (sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak)…campur dua oklah tu,' kata Anwar

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil pendekatan enggan melayan taktik politik picisan yang dimainkan pembangkang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan sejak dua tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga secara berseloroh berkata mungkin akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri tahun depan susulan sering berdepan kritikan daripada pembangkang berhubung isu tersebut.

“Bila saya kata tak ambil gaji kena sindir. Jadi mungkin tahun depan saya kena ambil semula gaji.

“Aneh tak? kita tak ambil (gaji perdana menteri) tapi elaun Parlimen ada, (isteri) (Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) pun dapat elaun Parlimen (sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak)…campur dua oklah tu,” katanya pada sesi townhall Program Dua Tahun Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, barisan Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, Anwar menyifatkan komitmen yang ditunjukkan sektor perkhidmatan awam serta hasil kestabilan politik merupakan antara kejayaan kerajaan Madani sejak memegang tampuk pemerintahan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, kesungguhan itu juga dapat dilihat menerusi ketegasan kerajaan untuk membanteras gejala rasuah yang disifatkan sistemik sebelum ini.

“Satu kenyataan yang harus diingat (kejayaan) dimungkinkan kerana sistem politik yang stabil. Kestabilan itu berkat kerjasama pimpinan negara.

“Banyak anjakan dilakukan dan keberkesanan pelaksanaan dasar ini adalah kerana komitmen dan iltizam barisan penjawat awam yang menunjukkan kesediaan mereka lakukan reform dan perubahan.

“Jangan permainkan isu-isu yang mungkin merosakkan, sebab itu saya puji tindakan badan penguat kuasa seperti PDRM (Polis Diraja Malaysia), SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tak boleh amalan (yang merugikan negara), membolot kekayaan negara. Kalau ada kelemahan kita terima dan cuba baiki kelemahan kita,” katanya. – 23 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related