HEADLINES

Harga lelong banglo Sajat turun kepada RM3.97 juta, selepas tiga kali gagal dapat pembida

Lelongan tersebut adalah cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang dituntut Nurwati Hussin dan Mohamad Syakir Husin, dari syarikat OWA Resources berjumlah RM200,000

3:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rumah usahawan kontroversi dan pempengaruh, Nur Sajat Kamaruzzaman Sajat yang dilelong sejak Januari lalu, kini terpaksa diturunkan harga kepada RM3.97 juta selepas proses lelongan kali ketiga pada 2 September lalu gagal mendapat pembida.

Ejen hartanah, Muhammad Ishaq Nik Marazi berkata, harga tersebut diturunkan oleh bank selepas proses lelong banglo yang terletak di Kota Damansara pada 2 September lalu dengan harga RM4.21 juta gagal dijual.

Justeru, lelong terbaru dengan harga RM3.97 juta itu akan diadakan pada 5 Mac 2025.

Ishaq memberitahu, proses lelong kali pertama diadakan pada 8 Januari lalu dengan harga bidaan RM5.2 juta, kali kedua dilelong pada nilai RM4.68 juta dan RM4.21 juta pada September.

Menurutnya, ia gagal menarik perhatian pembeli kerana pembida mempunyai banyak pilihan lain dengan harga-harga berkenaan.

‘Namun proses lelong kali keempat ini mungkin akan berjaya kerana harga telah diturunkan,’’ katanya ketika dihubungi Scoop.

Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai keluasan tanah 11,093 kaki persegi. Banglo berkenaan asalnya milik ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin yang dibeli Sajat pada 2017 dengan harga RM7.5 juta.

Ishaq juga memberitahu selepas berhijrah ke Australian, Sajat mahu menjual rumah berkenaan dengan harga RM9 juta.

Lelongan aset tersebut adalah cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang dituntut Nurwati Hussin, 41, dan Mohamad Syakir Husin, 32, dari syarikat OWA Resources berjumlah RM200,000. – 7 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related