◉ HEADLINES

Ahmad Samsuri kunci mulut isu perletakan jawatan bendahari agung PN

'Buat masa ini saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan, tunggu masa yang sesuai,' kata Ahmad Samsuri

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengunci mulut mengenai perletakan jawatan sebagai bendahari agung Perikatan Nasional (PN) semalam.

Menteri Besar Terengganu itu berkata beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

‘Saya tahu topik yang anda semua nak tanya. Buat masa ini saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan, tunggu masa yang sesuai,’’ katanya selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Paip Agihan Air Dari Kemaman Terengganu ke Gebeng, Pahang, di Gebeng hari ini.

Sementara itu, menerusi hantaran yang dibuat Ahmad Samsuri di Facebooknya pula, beliau mengungkap kata-kata bekas pemain bola keranjang Amerika Syarikat (AS), Kareem Abdul-Jabar mengenai melakukan sesuatu pada masa yang sesuai.

“Saya cuba melakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai. Ianya mungkin hanya perkara kecil, tetapi pada kebiasaannya akan membezakan antara menang dan kalah,’’ demikian tulis Ahmad Samsuri.

Menurut laporan Harakahdaily, perletakan jawatan beliau telah disampaikan menerusi kenyataan ringkas kepada pimpinan tertinggi PAS Pusat.

Dalam kenyataan berkenaan, Ahmad Samsuri memaklumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pimpinan PN, semalam.

“Assalammualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar, telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian. Harap maklum,” katanya dalam mesej ringkas kepada Harakahdaily.

Sementara Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan peletakan jawatan Ahmad Samsuri namun enggan mengulas lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengakui terkejut dengan peletakan jawatan Ahmad Samsuri dan memaklumkan beliau tidak mengetahui alasan di sebalik perletakan jawatan itu.

“Sudah pasti saya terkejut, tapi yang lain saya tidak pasti.

“Yang itu kena tanya pada (Pengerusi PN) Tan Sri (Muhyiddin Yassin). Saya memang tidak ada maklumat kerana lagi pun saya baru dilantik dan kali pertama datang mesyuarat pada malam terbabit.

“Malam itu memang Yang Amat Berhormat (Ahmad Samsuri) tak ada, tak hadir,” katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini. – 12 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related