◉ HEADLINES

Sijil halal syarat perbaharui lesen hanya di Kota Bharu, bukan di semua jajahan lagi, jelas Exco Kelantan

Bagaimanapun, Mohd Asri berkata pemilik dan pengusaha premis makanan bukan Islam tidak diwajibkan untuk memiliki sijil halal bagi memperbaharui lesen perniagaan

7:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarat wajib memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi memperbaharui lesen perniagaan adalah di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sahaja, bukan di semua jajahan lagi.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud ketika memberitahu Scoop berkata, urusan untuk memohon SPHM juga adalah mudah serta tidak merumitkan.

Malah, mereka yang memohon akan diberikan taklimat dan kursus oleh bahagian halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

“Bukan Islam tidak wajib. Yang jadi syarat untuk perbaharui lesen itu adalah dalam kawasan MPKB-BRI sahaja, tidak semua jajahan lagi.

“Urusan SPHM memang mudah sahaja, tidak rumit dan sebelum ambil (sijil) akan diberi taklimat atau kursus dahulu,’’ katanya menerusi mesej kepada Scoop.

Asri sebelum ini memberitahu, sebanyak 453 SPHM telah dikeluarkan kepada premis perniagaan di Kelantan ini sejak Januari hingga Disember ini melibatkan hotel, restoran, kedai makan, farmasi, kedai dandanan rambut dan lain-lain.

Ujarnya, daripada jumlah itu 405 adalah pengusaha Melayu, manakala sebanyak 48 adalah premis bukan Islam.

Bagaimanapun Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh mengenakan syarat wajib atau berbaur paksaan kepada peniaga berasaskan makanan dan minuman (F&B) untuk mendapatkan sijil halal termasuk bagi memperbaharui lesen perniagaan.

Menurut Kor Ming berkata tindakan itu dianggap mengatasi bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), selain bertentangan pegangan Kerajaan Pusat.

Sementara Jakim dalam kenyataannya hari ini memberitahu, tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana pihak untuk memohon SPHM dan permohonan sijil itu di negara ini masih bersifat sukarela.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, PHM terbuka kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk mematuhi semua keperluan piawaian, standard serta perundangan yang berkuat kuasa.

“Ia akan memberi nilai tambah kepada pemegang sijl melalui tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa mematuhi standard dan piawaian pensijilan halal,” katanya. – 29 Disember 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related