HEADLINES

Fahmi Reza sudah dibebaskan

Fahmi ditahan Isnin lalu susulan lebih 30 laporan polis termasuk poster karikatur yang didakwa menghina Tun Musa Aman

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang ditahan polis di Sabah bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 sudah dibebaskan dan pulang ke Kuala Lumpur petang semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton mengesahkan perkara itu kepada media hari ini.

Terdahulu, Fahmi Reza ditahan Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah selepas beliau hadir untuk memberi keterangan berkait siasatan ke atas karyanya yang melibatkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Tindakan itu diambil susulan lebih 30 laporan polis termasuk mengenai poster karikatur yang didakwa menghina Tun Musa Aman.

Kes melibatkan beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun penahanan Fahmi Reza mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi seperti BERSIH dan Aliran yang menyifatkannya satu bentuk sekatan ke atas hak bersuara.

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak supaya aktivis yang juga pereka grafik, Fahmi Reza yang kini ditahan polis di Sabah, dibebaskan segera.

Ketua Biro Guaman dan Undang-Undang AMK, Asheeq Ali Sethi Alivi berkata, penahanan Fahmi Reza itu tidak selari dengan prinsip dan nilai yang diamalkan di bawah Kerajaan Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini pernah menyatakan tidak bersetuju sekiranya Fahmi Reza ditahan atau didakwa susulan karyanya berkait pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah. – 1 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related