HEADLINES

SPM: KPM kenal pasti 133 pusat peperiksaan alternatif di 6 negeri berisiko banjir

Calon peperiksaan akan ditempatkan di sekolah yang mempunyai asrama sebagai mekanisma sekiranya berlaku banjir

12:29 PM MYT

 

BATU PAHAT – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti sebanyak 133 pusat peperiksaan alternatif untuk dijalankan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di enam negeri sekiranya berlaku banjir.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata langkah itu bagi memastikan peperiksaan dapat dijalankan di negeri yang sering berlaku bencana itu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor dan Sabah.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang terlibat akan mengaktifkan Op Payung bagi membantu calon dan petugas peperiksaan yang terkesan.

“KPM akan pastikan calon peperiksaan akan ditempatkan di sekolah yang mempunyai asrama sebagai mekanisma sekiranya berlaku banjir sebagaimana yang dibuat semasa ujian bertutur tempoh hari.

“Sekiranya sekolah yang menjadi pusat peperiksaan dilanda banjir, maka kita akan alihkan calon SPM ini ke pusat alternatif yang telah dikenalpasti,” katanya pada sidang media selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata peperiksaan SPM di Johor pada Isnin ini tetap berjalan seperti jadual asal meskipun melibatkan penyelarasan semula cuti hujung minggu di negeri ini bermula 2025.

Beliau berkata pada hari itu peperiksaan bertulis bagi subjek Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 serta Tasawwur Islam akan dijalankan dengan sebanyak 49,980 calon menduduki peperiksaan itu.

“Difahamkan Johor akan mengumumkan cuti umum pada Isnin depan, bagaimanapun peperiksaan tetap akan dijalankan,” katanya.

Pada 7 Okt tahun lepas, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah agar cuti hujung minggu di negeri itu ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 dan perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. 

Minggu pertama perubahan cuti hujung minggu menimbulkan situasi terdapat enam hari bekerja iaitu bermula dari Ahad 29 Dis 2024 hingga Jumaat 3 Jan 2025 dengan tarikh 1 Jan 2025 jatuh pada Rabu. – 2 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related