HEADLINES

Selisih faham, ‘overdose’ dadah antara siasatan punca pembunuhan remaja 15 tahun

Polis berkata keadaan mayat yang reput ketika ditemui juga menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal lain

2:18 PM MYT

 

SHAH ALAM – Perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan merupakan antara yang disiasat dalam kes pembunuhan remaja perempuan berusia 15 tahun, yang mayatnya ditemukan reput di Banting, pada 28 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat dan toksikologi sebelum dapat memberi kesahihan mengenai punca kematiannya.

Tambahnya, keadaan mayat yang reput ketika dijumpai juga menyukarkan pihak pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal yang lain.

“(Persoalan) Sama ada si mati ada menggunakan material dadah, selagi tidak dapat keputusan toksikologi, kita tak boleh kata mangsa mengambil dadah atau overdose (pengambilan berlebihan).

“Itu hanya boleh diputuskan bila kita terima laporan makmal.

“Motif buat masa ini kita nampak melibatkan teman lelaki mangsa dan dalam siasatan lagi sama ada ia melibatkan perselisihan faham atau melibatkan dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, pada 19 Disember lalu.

Berikutan itu, keluarganya membuat laporan polis pada jam 2.15 pagi, sehari selepas kehilangannya.

Pada 28 Disember lalu, mayatnya ditemui dalam keadaan reput di perangkap sampah Kampung RTB Sungai Changgang pada 28 Disember lalu.

Susulan itu, polis menahan tiga suspek berusia 16, 20 dan 51 tahun, termasuk teman lelaki mangsa.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu, ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek adalah negatif.

Polis juga, katanya, percaya teman lelaki mangsa terlibat dalam pembuangan mayat mangsa di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang, Banting.

“Sama ada orang lain membantu atau tidak, ia juga dalam siasatan lagi,” katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related