HEADLINES

Nidza Afham hilang: Polis temui mayat, tunggu pengecaman keluarga

Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop hari ini

9:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa berhampiran Jambatan Kota, di Klang, Selangor petang tadi dipercayai Muhammad Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas keluar berjoging sejak malam tadi.

Pengesahan itu dibuat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop hari ini.

“Ya, kita jumpa satu mayat, buat masa ini kita sedang menunggu ahli keuarga untuk pengecaman mayat di Hospital Klang.

“Setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut sehingga kita dapat maklumat lanjut susulan bedah siasat yang ketika ini masih belum dijalankan,”katanya.

Sementara itu adik Muhammad Nidza, Aufahanie, 21, hari ini berkongsi mesej yang tragis di platform X tanpa memberi penjelasan lanjut.

“”Innalillahiwainnailaihirajiun…Allahuakbar..Allah……,” katanya.

Terdahulu, Aufahanie berkata, abangnya yang juga seorang penyanyi keluar ke Stadium Sultan Suleiman, Klang sekitar jam 7.54 malam dengan menaiki e-hailing untuk berjoging.

Bagaimanapun, katanya, dia gagal dihubungi selepas jam 9.13 malam.

“Teman wanita abang, Miera memaklumkan kepada adik yang dia gagal menghubungi Nidza Afham apabila panggilan serta WhatsApp tidak berjawab.

“Jadi, Miera hubungi adik minta tolong tengokkan sama ada abang sudah pulang ke rumah.

“Bila adik periksa di biliknya, abang masih belum pulang dan mereka kemudian menggunakan aplikasi pencarian telefon bimbit lalu mendapati abang berada di Jambatan Sungai Klang,” kongsi Aufahanie.

Sebelum ini dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

Aufahnie berkata, polis percaya kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik. – 14 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

“This decision clears my name after six years of slander – Hannah Yeoh after appeal court victory

Federal Territories Minister Hannah Yeoh says the Court of Appeal ruling in her favour is a vindication of truth, not a pursuit of money, after years of reputational damage caused by false allegations

Related