HEADLINES

Titah Adendum: Laungan Bossku kedengaran di mahkamah tanda sokongan penyokong pada Najib

Najib tiba di Mahkamah pada kira-kira 8.40 pagi

9:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 500 orang termasuk penyokong bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak berkumpul di luar Istana Kehakiman bagi menyertai solidariti terhadap Datuk Seri Najib Razak berkait titah adendum yang akan diputuskan Mahkamah Rayuan pagi ini.

Penyokong Najib turut membawa kemeja-T berwarna merah yang memaparkan gambar Najib selain melaungkan ‘hidup bossku’.

Mereka mula tiba di luar Istana Kehakiman seawal jam 7 pagi dengan laluan masuk ke Istana Kehakiman dikawal ketat anggota polis dan pengawal keselamatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan antara yang hadir. – Gambar Irwan Shafrizan Ismail, 6 Januari, 2025

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Seri Shahidan Kassim tiba di mahkamah.

Namun Takiyuddin memasuki mahkamah bagi mendengar rayuan Najib berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.

Anak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah juga hadir dan berada di Istana Kehakiman, pagi ini.

Turut hadir ialah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang tiba dari Kelantan.

Petugas media membuat liputan di mahkamah hari ini. – Gambar Irwan Shafrizan Ismail, 6 Januari, 2025

Lebih 20 pengamal media terdiri daripada wartawan dan jurugambar juga berada di luar Istana Kehakiman bagi membuat liputan.

Sementara itu Najib dilihat tiba memasuki bangunan Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi diiringi kenderaan anggota penjara.

Penyokong yang berada di luar Istana Kehakiman turut melaungkan ‘Hidup Bosku’ sebagai menyambut kehadiran Najib.- 6 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Tomorrow’s not coming. It’s here – and it has your face – Ravindran Raman Kutty

A young world led by old hands – the contradiction that defines our politics, and the challenge for younger generations to step up

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related