HEADLINES

Jabatan Penjara tidak terima titah tambahan, kata Saifuddin

Surat yang diterima 2 Februari tahun lalu hanya mengandungi dua perkara iaitu minit mesyuarat dan perintah pengurangan hukuman

4:36 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Penjara tidak menerima titah tambahan Yang di-Pertuan Agong (titah adendum) berkait tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat yang diterima agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada Lembaga Pengampunan (LP) pada 2 Februari tahun lalu hanya mengandungi dua perkara iaitu minit mesyuarat dan perintah pengurangan hukuman.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat daripada LP itu diterima pada 2 Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin menunjukkan surat daripada LP yang diterima pada 2 Februari lepas. – Gambar Scoop, 6 Januari, 2025

“Penjara terima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), surat
ada dua perkara iaitu minit mesyuarat membabitkan semua perbincangan keputusan berlangsung dalam Lembaga Pengampunan, dicatit sebagai minit mesyuarat

“Kedua adalah perintah yang diberikan kepada Jabatan Penjara, maknanya untuk melaksana keputusan Lembaga Pengampunan.

“Minit mesyuarat tentulah saya tidak boleh kongsi kerana ia rahsia besar tetapi perintah itu penting kerana ia merupakan keputusan LP dan ditandatangani oleh pengerusinya.

“Dalam surat ini ia menyebut, sebagai Tuanku Agong ketika itu, disaksikan, ada dua tandatangan yang pertama pengerusi LP, kedua menyaksikan, Menteri Wilayah Dr. Zaliha Mustafa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, peranggan pada akhir surat itu berbunyi :

“Maka oleh yang demikian beta Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada menjalankan kuasa yang terletak hak pada beta oleh perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan semua kuasa lain yang membolehkan bagi maksud itu.

“Adalah dengan ini memerintahkan bahawa Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak dibebaskan pada tarikh pembebasan awal 23 Ogos 2028 dan denda dikurangkan kepada RM50 juta ringgit.

“Sekiranya denda tidak dibayar tempoh penjara bagi Datuk Seri Najib bin Tun Haji
Abdul Razak ditambah selama setahun dan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029 Ini.’’

Menurut Saifuddin, apa yang penting perintah berkenaan adalah untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan dan mengurangkan denda.

“Ini adalah surat yang Jabatan Penjara terima, tidak ada yang menyebut tentang tahanan rumah.

“Jadi Jabatan Penjara melaksanakan perintah ini iaitu perintah oleh Pengerusi Lembaga Pengampunan berserta dengan minit yang disertakan. Jabatan Penjara harus amanah dalam melaksanakannya,’’ katanya.

Beliau memberitahu, adalah penting untuk menepis sebarang persepsi bahawa KDN khususnya Jabatan Penjara tidak patuh selain menyembunyikan apa-apa keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pengampunan.

“Fakta itu sangat penting. Jadi itu adalah intipati utama yang saya nak kongsi
dengan rakan-rakan media untuk memberikan perspektif yang lebih adil dan lebih
menyeluruh.

“Ia memberikan kefahaman yang tepat tentang duduk sebenar perkara yang sekarang ini sedang diperkatakan,” katanya. – 6 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

RM950mil scrap metal tax evasion probe: MACC raids NationGate subsidiary

Electronics manufacturer says it is cooperating with authorities, taken steps to ensure operations remain unaffected after yesterday’s raid

Malaysia nears eradication of hardcore poverty as average household income hits RM9,155

With the poverty rate now at just 0.09%, government initiatives show promising progress, while efforts to enhance social mobility and living standards continue

Related