HEADLINES

Kerajaan tidak sorok Titah Adendum berkait dengan Najib, kata Fahmi

Fahmi berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen berkenaan

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah menyorok dokumen yang dikaitkan dengan Titah Adendum yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan di rumah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen berkenaan.

“Dokumen yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok, saya sebagai Menteri Komunikasi tidak ada menerima, melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen tersebut.

“Saya percaya perkara ini, oleh sebab ia membabitkan Lembaga Pengampunan dan kita juga ambil maklum bahawa Mahkamah Rayuan memutuskan supaya kes ini diserah semula kepada Mahkamah Tinggi, maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat daripada Peguam Negara tentang beberapa beberapa perkara yang tidak akan prejudis perjalanan kes terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Pada Isnin, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Keputusan itu dibuat majoriti 2 -1 dengan Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan rayuan Najib selaku pemohon manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.

Titah Adendum berkenaan didedahkan peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengenai kewujudan surat daripada Majlis Kesultanan Pahang yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Shafee, merujuk dokumen berkenaan yang bertarikh 4 Januari lalu, yang dihantar kepada anak sulong Najib, Datuk Mohamad Nizar.

Ia dihantar daripada Pengelola Bijaya Diraja Ke-Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Mengulas lanjut, ketika ditanya kenapa kerajaan mengambil masa yang lama untuk menjawab isu berkenaan, Fahmi memberitahu, respons kerajaan adalah berpandukan nasihat undang-undang agar tidak memprejudiskan kes yang berkaitan di mahkamah.

“Dalam hal ini kita berpandukan proses yang berlaku dalam mahkamah, seperti yang Perdana Menteri jawab di Parlimen sewaktu sesi PMQT (Soal Jawab Perdana Menteri), kita tertakluk kepada prinsip itu dan proses di mahkamah diteruskan,’’ katanya. – 8 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s consumer redress portal empowers complaint resolution across sectors

MCMC's platform streamlines complaint processes, enhancing protection and resolution across key industries

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related