HEADLINES

Nadi Desa Tun Razak perkasa komuniti menerusi teknologi dan inovasi, tingkatkan taraf hidup

MCMC berkata, pembukaannya menjadikan Nadi Desa Tun Razak sebagai salah satu daripada tiga Nadi baharu yang beroperasi sejak 17 September 2024

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Desa Tun Razak yang dirasmikan hari ini, menawarkan peluang kepada komuniti setempat untuk mempertingkatkan taraf hidup selain memberi impak positif kepada pembangunan masyarakat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, pembukaannya menjadikan Nadi Desa Tun Razak sebagai salah satu daripada tiga Nadi baharu yang beroperasi sejak 17 September 2024.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan Nadi di Kuala Lumpur setakat ini ialah 24 buah,’’ kata MCMC.

Perasmian Nadi Desa Tun Razak dilakukan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di PPR Desa Tun Razak, di sini, hari ini. Hadir sama ialah Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan dalam majlis perasmian tersebut seperti sesi pameran reruai Usahawan Nadi, taklimat keselamatan dalam talian serta saringan kesihatan secara percuma.

Dalam pada itu, menurut MCMC, Nadi Desa Tun Razak berpotensi berkembang menjadi pusat komuniti serba guna yang tidak hanya menyediakan platform digital, tetapi juga menjadi ruang interaksi sosial yang akan menjadi tumpuan utama bagi masyarakat setempat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (dua dari kanan) bersama penduduk Desa Tun Razak selepas pelancaran pusat Nadi MCMC di sana. – Gambar ihsan MCMC, 25 Januari 2025

“Kewujudan Nadi ini membuka peluang besar kepada komuniti setempat untuk menguasai teknologi komunikasi terkini, meningkatkan kemahiran, serta merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, sekali gus mewujudkan ekosistem yang lebih dinamik dan berdaya saing,’’ kata MCMC.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua dari kiri) dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (berdiri di belakang) singgah di salah sebuah gerai aktiviti pada majlis pelancaran Nadi Desa Tun Razak hari ini. – Gambar ihsan MCMC, 25 Januari, 2025

Fungsi Nadi, kata MCMC kini telah diperluas bukan sahaja untuk menyediakan capaian Internet, tetapi memperkasa komuniti melalui lima teras utama inisiatif Perkhidmatan Pintar yang diperkenalkan sejak Julai 2024 iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran, dan Inisiatif Kerajaan. 2 Inisiatif Perkhidmatan Pintar.

“Ia bertujuan untuk memastikan setiap program yang dijalankan mampu memenuhi keperluan komuniti dengan lebih mendalam, sekali gus memberikan impak yang besar dalam memperbaiki kualiti hidup dan memacu kemajuan masyarakat secara menyeluruh,’’ katanya. – 25 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related