HEADLINES

Motac ‘tiada hati perut’ tangguh Hari Kraf Kebangsaan tanpa alasan: Mas Ermieyati

Penangguhan itu dibuat kurang tiga minggu sebelum HKK 2025 dijadualkan pada 14 hingga 25 Februari ini, sedangkan semua persiapan sudah dibuat oleh 600 usahawan

4:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dibidas kerana menangguhkan acara Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2025) tanpa alasan sehingga mengakibatkan 600 pengusaha kraf dari seluruh negara mengalami kerugian.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, penangguhan itu dibuat hanya kurang tiga minggu sebelum HKK 2025 dijadualkan pada 14 hingga 25 Februari ini, sedangkan segala persiapan sudah dibuat oleh usahawan terbabit.

Jelas Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, penangguhan itu dibuat semalam dan ia adalah tidak wajar memandangkan segala persiapan sudah dibuat termasuk penghasilan produk dan kos penginapan.

“Motac buat hal lagi! Baru semalam diumumkan untuk ditangguhkan, kurang tiga minggu dari hari kejadian.

“Tak fikir ke usahawan-usahawan yang sudah bayar hotel atau homestay, tak fikir ke masalah tentang stok produk yang mereka dah siapkan. Semua itu melibatkan RM (duit).

“Motac (pula) tak nyatakan apa sebab penangguhan, hanya nyatakan sebab hal yang tidak dapat dielakkan?” katanya menerusi klip video yang dimuatnaik dalam Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Motac menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan HKK 2025 yang sepatutnya berlangsung pada 14 hingga 28 Februari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum diputuskan.

Dalam makluman itu, pihak Motac hanya menyatakan penangguhan itu adalah disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan.

Justeru, Mas Ermieyati menuntut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memberikan penjelasan berhubung penangguhan HKK 2025.

Jelasnya, Menteri perlu bertanggungjawab dan memberikan jawapan kenapa penangguhan dibuat dan bila tarikh baru akan diumumkan.

“Apabila berlaku penangguhan ini, tiada penjelasan bilakah akan dilakukan tarikh yang akan datang.

“Kasihan pada usahawan dan peniaga terbabit. Mereka ini bukanlah daripada peniaga-peniaga dan usahawan yang besar, mereka hanya mengharapkan jualan bulan Februari untuk berhadapan dengan (belanja persiapan) buka sekolah, puasa dan raya.

“Tidakkah kerajaan fikir semua perkara ini…tidak berhati perut ke? Jadi kita minta penjelasan daripada menteri,” katanya. – 25 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Related