◉ HEADLINES

Fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu bukan petanda bencana: Penyelidik UMT

Fenomena alami setiap tahun semasa musim monsun yang dan tidak perlu dikhuatiri malah ia selamat dimakan

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Fenomena kerang-kerang terdampar di pantai di Terengganu bukannya petanda bencana malah ia selamat untuk dimakan.

Pensyarah di Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Roslizawati Ab Lah berkata, fenomena itu tidak perlu dirisaukan dan ia adalah sebahagian daripada proses alami yang berlaku hampir setiap tahun semasa musim monsun.

Ini kerana, katanya, pada musim tersebut, berlaku angin kencang, ombak besar dan struktur pantai yang tertentu menyebabkan banyak kerang terdampar di pesisir pantai

Bagaimanapun, kata beliau, kerang-kerang yang terkumpul di pantai mungkin terdedah kepada bakteria atau pencemaran air justeru adalah penting untuk memastikan bahawa kerang tersebut dibersihkan dengan betul sebelum dimasak.

Roslizawati menekankan asalkan ia dibersihkan dengan sempurna dan dimasak dengan baik, kerang-kerang ini tetap boleh dinikmati dengan selamat.

“Proses terdamparnya kerang di pantai ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai, kekuatan ombak, serta arah dan kelajuan tiupan angin semasa musim monsun timur laut.

“Tiupan angin yang kuat dan pergerakan ombak yang besar membawa kerang-kerang ini ke pesisir pantai.

“Biasanya, kerang-kerang ini masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sejak pertengahan bulan ini, Pantai Sura di Dungun, Terengganu menjadi tumpuan penduduk yang datang untuk mengutip ribuan kerang yang terdampar di situ.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada makan kerang berkenaan bagi memastikan tiada kandungan toksin membahayakan.

Jelasnya, sampel kerang tersebut juga sudah dihantar ke makmal di Kuatan untuk dianalisis.

Mengulas lanjut, Roslizawati berkata, fenomena kerang terdampar itu memberikan gambaran betapa pentingnya menjaga ekosistem lautan dan pesisir pantai dalam menjaga keseimbangan alam. – 26 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Jinq En takes swim break after AUG gold, silver wins

She reveals decision following commendable performance, clinching gold in women's 50m breaststroke, silver in 200m breaststroke

◉ Related