HEADLINES

Perak dilanda banjir, empat PPS dibuka di Taiping

Ia melibatkan 202 mangsa daripada 65 keluarga

10:41 AM MYT

 

IPOH – Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama apabila empat pusat pemindahan semula (PPS) dibuka di Taiping melibatkan 202 mangsa daripada 65 keluarga, malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dan PPS SK Matang dibuka pada 8.30 malam, manakala PPS SK Matang Gelugor dibuka pada 10.30 malam.

Setakat 6 pagi ini, sebanyak 31 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya membabitkan kawasan terjejas di Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia dan Kampung Sentosa.

Pada masa sama, 106 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di PPS SK Simpang membabitkan kawasan terjejas di Taman Mawar dan Taman Simpang Makmur, manakala 19 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Matang melibatkan Kampung Matang Jambu serta Kampung Telok Kertang.

Sebanyak 46 mangsa daripada 13 keluarga pula ditempatkan di PPS SK Matang Gelugor membabitkan kawasan terjejas di Taman Pengkalan Setia.

“Berikutan hujan lebat dan kejadian banjir yang berlaku di kawasan sekitar, kesemua PPS berkenaan dibuka bagi menyelamat dan menempatkan beberapa keluarga yang rumah mereka terjejas dengan limpahan air banjir ” menurut kenyataan itu. – 4 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related