HEADLINES

Najib gagal dalam rayuan kembalikan saman RM1.9 juta terhadap Tommy Thomas

Dalam samannya, Najib memohon pengisytiharan bahawa Thomas melakukan penyelewengan dalam jawatan awam dan menuntut RM1.9 juta sebagai ganti rugi

12:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Keputusan dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Ravinthran N Paramaguru yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman itu pada 25 November 2022.

Mahkamah Rayuan turut mengarahkan Najib membayar kos sebanyak RM12,000 kepada Thomas.

Dalam penghakimannya, Hakim Ravinthran berkata, mahkamah bagaimanapun tidak bersetuju bahawa jawatan Tommy sebagai Peguam Negara ketika itu menjadikannya kebal daripada sebarang tindakan dan tidak boleh diadili.

Namun, panel mendapati tiada salah laku dalam tindakannya kerana Tommy tidak mengetuai pendakwaan terhadap Najib dalam empat kes jenayah, yang masih berjalan.

Najib diwakili Firoz Hussein dan Yudistra Darma Dorai, manakala Alan Adrian Gomez mewakili Thomas.

Pada 25 November lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan tuntutannya yang mendakwa Thomas melakukan penyelewengan dalam jawatan awam apabila mendakwa beliau berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam samannya, Najib memohon pengisytiharan bahawa Thomas melakukan penyelewengan dalam jawatan awam dan menuntut RM1.9 juta sebagai ganti rugi, termasuk kos yang ditanggung pasukan audit untuk menyemak dokumentasi dan menyediakan pembelaannya terhadap pendakwaan.

Pertuduhan itu termasuk salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Penggubahan Wang Haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Thomas berkhidmat sebagai Peguam Negara dari 4 Jun, 2018 hingga 28 Februari, 2020. – 13 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Related