◉ HEADLINES

Keputusan keahlian mana-mana parti selepas bincang dengan Zahid: Zafrul

Zafrul berkata keputusan hanya dibuat selepas berbincang dengan Zahid

7:58 PM MYT

 

SHAH ALAM – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu. 

Beliau berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Ahmad Zahid.

“Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu,” katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di sini hari ini, yang dirasmikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Baru-baru ini timbul spekulasi Tengku Zafrul akan meninggalkan Umno selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut, dan media juga sebelum ini melaporkan yang beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lepas.

Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau sedia maklum dengan laporan media mengenai cadangan pihak tertentu supaya beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya sebagai senator berakhir Disember depan. 

“Bagi saya apa-apa pun jawatan yang diberi sekarang atau pada masa hadapan, itu terpulang kepada Perdana Menteri,” katanya dan menambah fokus beliau kini adalah meneruskan tugas penting di kementerian, termasuk memainkan peranan dalam menjayakan komitmen Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini. – 9 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

◉ Related