◉ HEADLINES

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian: Fahmi

Bermula 11 Februari lalu, hukuman lebih berat telah dikuatkuasakan bagi beberapa kesalahan yang diluluskan di Parlimen pada Disember lalu

2:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) memberi fokus kepada isu jenayah dalam talian seperti pedofilia, scam dan judi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata bermula 11 Februari lepas, hukuman lebih berat telah dikuatkuasakan bagi beberapa kesalahan seperti yang diluluskan di Parlimen pada Disember lepas.

“Ada beberapa perkara yang kini ditakrifkan sebagai kalau dahulu dipanggil jelik, kini dipanggil jelik melampau yang lebih khusus, tidak terlalu luas seperti dulu.

“Dalam pindaan ada dimasukkan huraian-huraian yang boleh digunakan untuk hujah bagi pihak pembelaaan atau pun pendakwaan di mahkamah… jadi ia lebih terang, lebih jelas, lebih khusus (dan) tidak boleh disalahgunakan seperti dulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Temu Anak Muda Lembah Pantai, di sini hari ini.

Fahmi turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menerima maklumat, terutama di media sosial dan mengelakkan dari menyebarkan berita yang tidak sahih.

Beliau berkata pengguna media sosial dinasihatkan supaya menjadikan media arus perdana sebagai rujukan utama dalam mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara,” katanya.

Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] mula berkuat kuasa pada Selasa lepas selepas diwartakan pada 7 Februari lepas, dan ia menyediakan ekosistem rangkaian internet lebih selamat serta mampan kepada pengguna.

Persidangan Dewan Rakyat pada 9 Dis 2024 meluluskan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 melalui undi belah bahagian dengan 59 Ahli Parlimen bersetuju manakala 40 Ahli Parlimen tidak menyokong, seorang tidak mengambil bahagian serta 122 tidak hadir.

Fahmi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan berkata Seksyen 233 di bawah Akta 588 tidak dimansuhkan untuk mengelak penyalahgunaan rangkaian oleh mana-mana pihak bagi tujuan komersial khususnya penjualan pornografi dan pedofilia. – 16 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related