HEADLINES

Pemilihan PKR: Amirudin bertanding jawatan peringkat pusat

Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun belum memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya

1:39 PM MYT

 

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan akan bertanding bagi peringkat pimpinan pusat pada pemilihan parti pada 24 Mei ini.

Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya, mengambil kira keperluan mewujudkan kestabilan dan kepentingan PKR sebagai antara parti tunjang dalam pembentukan kerajaan Perpaduan.

Amirudin mengakui telah bertemu beberapa pihak, dengan ada antara mereka menyarankan beliau untuk mengekalkan jawatan sedia, selain terdapat saranan melibatkan jawatan lain.

“Saya perlukan sedikit masa. Bagi saya, yang penting bukan kedudukan dalam PKR tetapi bagaimana untuk memperkukuh parti. Adakah tujuan dan niat saya bertanding akan memperkemas atau menimbulkan perpecahan dalam parti? 

“Pada waktu ini PKR adalah parti kerajaan dan antara tunjang penting dalam Kabinet termasuk jawatan Perdana Menteri. Apa-apa berlaku di peringkat parti akan memberi kesan kepada kerajaan. Itu harus difikirkan dengan teliti,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan bas elektrik bagi program SMART Selangor, di sini hari ini.

Mengulas mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang dijangka tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini, Amirudin berpandangan terdapat ruang untuk perbincangan berhubung perkara itu. 

Beliau berkata hak demokrasi tetap diberikan dalam pemilihan tersebut dan parti juga terbuka kepada mana-mana ahli untuk berbanding.

“Tetapi kalau pertandingan itu akhirnya menimbulkan perbalahan dan menggoyang parti dalam jangka panjang terhadap keutuhan kerajaan, saya rasa ia wajar dimusyawarahkan (dirundingkan),” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti berlangsung pada 24 Mei ini.

Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April. – 24 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Early Melaka, Johor polls could redefine BN-PH ties ahead of GE16: analysts

Barisan Nasional’s desire to contest the state elections without Pakatan Harapan would be a litmus test for its true strength, bargaining power, and future alliance strategy

Sabah UMNO chief Bung Moktar dies at 66

The Kinabatangan MP passed away early Friday morning, with leaders across Sabah mourning the loss of a prominent political figure who contributed significantly to the state’s development

Related