◉ HEADLINES

MPP PKR belum bincang keputusan PKR Sarawak umum tanding PRN-13

Ketua Penerangan PKR, berkata pihak pimpinan akan mendapatkan lebih dulu maklumat daripada wakil terbabit, sebelum sebarang keputusan diambil

5:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR belum membincangkan secara menyeluruh keputusan PKR Sarawak yang mengumumkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13 Sarawak). 

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik yang terakhir diadakan pada 23 Februari lalu.

“Hal ini baru dimaklumkan kepada pimpinan, dan di pihak pimpinan kita akan dapatkan dulu maklumat daripada wakil yang hadir dalam mesyuarat tersebut kerana Pengerusi Keadilan Sarawak, Roland Engan tidak hadir ke mesyuarat tersebut.

“Beliau berada di mesyuarat Biro Politik pada masa yang sama, jadi beliau tidak memaklumkan dan hal ini belum dibincangkan secara menyeluruh di peringkat pusat,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, PKR Sarawak pada Isnin lalu secara rasmi mengumumkan akan bertanding pada PRN Sarawak dan perkara itu dimaklumkan kepada rakan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak pada mesyuarat gabungan itu yang dipengerusikan oleh Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, di Kuching.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan susulan mesyuarat itu, PKR Sarawak mengesahkan komitmennya untuk bertanding dalam pilihan raya, dengan berkata keputusan itu disambut baik oleh gabungan PH yang lain.

Rakan komponen PH Sarawak, DAP dan Amanah sebelum ini sudah mengumumkan hasrat untuk bertanding pada PRN-13 Sarawak.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak 2021, PKR meletakkan 28 calon namun gagal memenangi mana-mana kerusi yang ditandingi.

Gabungan Parti Sarawak kini menguasai Dewan Undangan Negeri Sarawak apabila memenangi 80 daripada 82 kerusi. – 28 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related