◉ HEADLINES

Dua anggota polis ditahan ketika berhibur di pusat karaoke, positif dadah

Semua 49 individu yang ditahan, positif dadah manakala empat warga asing tiada dokumen sah

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis merupakan antara 55 individu yang ditahan ketika sedang berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew, di sini, semalam.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata, serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada jam 4 petang itu turut mendapati anggota polis lelaki dan wanita itu didapati positif dadah Eramin 5 dan ketamin.

Beliau turut memberitahu, hasil pemeriksaan ujian air kencing ke atas semua yang ditahan itu mendapati 49 individu positif dadah.

“Seramai 25 lelaki dan 17 wanita didapati positif dadah termasuk dua anggota polis tersebut.

“Selain itu, empat warga asing turut ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen yang sah.

“Kesemua semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya,’’ katanya, lapor Harian Metro.

Azri memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Sekesyn 17 Akta Hiburan 1992, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Peraturan 25(1)(n) PPN 1990.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1953 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953.

Kertas siasatan tatatertib juga, katanya akan dibuka terhadap anggota polis terbabit. – 9 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related