HEADLINES

Usahawan kosmetik Alif Syukri diperintah bela diri, muatnaik kandungan sumbang

Hakim berkata video tidak sopan itu dimuatnaik dalam bulan Ramadan, ketika umat Islam sedang berpuasa dan harus dihormati

12:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alif Syukri Kamarzaman, 38, diperintah membela diri atas empat tuduhan memuatnaik kandungan video sumbang ke akaun Instagramnya pada 2022.

Keputusan dibuat Hakim Ahmad Fuad Othman di Mahkamah Sesyen Sepang selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Fuad berkata, video yang tidak sopan itu dimuatnaik ketika Ramadan di mana umat Islam berpuasa dan harus dihormati.

“Makan di khalayak ramai di bulan puasa juga tidak sopan, apatah lagi memuatnaik hantaran video di bulan puasa dengan menari liuk lentuk dan berpakaian wanita, ia tetap tidak sopan,” katanya.

Mahkamah menetapkan keterangan bela diri pada 19, 22 Mei, serta 16 Jun dan 3 Julai.

Aliff Syukri diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Mohd. Radzlan Jalaludin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Faten Hadni Khairuddin.

Pada 13 Oktober 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui Instagram, iaitu aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 14 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related