◉ HEADLINES

Ramanan menang tanpa bertanding Ketua Cabang PKR Sungai Buloh

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata kemenangan itu kerana tiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan tersebut

5:55 PM MYT

 

SUNGAI BULOH – Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R. Ramanan mengesahkan beliau menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Buloh bagi pemilihan parti April ini.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata kemenangan itu kerana tiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan tersebut.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada anggota cabang di atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepadanya, untuk mengemudi PKR Sungai Buloh.

“Dengan mandat ini, saya akan terus bekerja keras membela rakyat dan memastikan warga Sungai Buloh tanpa mengira kaum terus menerima manfaat inisiatif Kerajaan Madani,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Penyampaian Kotak Makanan kepada Ketua-Ketua Cawangan UMNO Sungai Buloh, di sini yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Sungai Buloh Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Mengulas mengenai pemilihan parti di peringkat cabang dan pusat, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata proses yang berlangsung membuktikan PKR sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, selain yakin semua calon akan bertanding secara sihat.

Ditanya mengenai kemungkinan untuk bertanding di peringkat pusat, Ramanan berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara itu.

“Saya orang Presiden. Saya telah mengadakan perbincangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Proses penamaan calon untuk seluruh cabang baru sahaja selesai.

“Penamaan calon untuk jawatan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) masih ada masa lagi….saya akan umumkannya dalam masa yang terdekat,” katanya.

Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh sebelum ini dilaporkan berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

Fuziah berkata pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat pula akan dilaksanakan pada 24 Mei. – 18 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Gunung Jerai: unearthing its history, unveiling its mystery

The word “Gunung Jerai” or “Mount Jerai” has been a familiar term since I embarked on a quest to explore Malaysian history and heritage. This site is however not within the radar of most local or foreign tourists.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related