◉ HEADLINES

Bayi setahun maut dilanggar ketika bapa alih kereta

Bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di hospital semasa menerima rawatan

11:47 AM MYT

 

JOHOR BAHRU –  Bayi perempuan berusia setahun maut dipercayai dilanggar bapanya ketika mahu mengalihkan kereta Proton X50 keluar dari garaj sebuah rumah di Taman Desa Harmoni di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam Mohd Sohaimi Ishak berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi ketika hendak mengalihkan kereta berkenaan, bapa mangsa berusia 27 tahun itu terdengar bunyi dari arah belakang tayar sebelah kiri.

“Apabila turun dari kenderaan, pemandu mendapati anaknya berada di belakang kereta dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri. 

“Pemandu tersebut kemudian terus membawa anaknya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu, bayi berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di hospital semasa menerima rawatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Sohaimi menasihati orang ramai supaya lebih prihatian dan peka terhadap kedudukan anak-anak terutamanya yang masih kecil sebelum memulakan pemanduan. 

“Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika musim perayaan dan tidak tergesa-gesa atau leka ketika memandu,” katanya. – 30 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

◉ Related